Tuesday, January 5, 2010

Mulianya Ulat dari Manusia..

Waktu Allah swt ingin memberikan kepada gunung ganang agar memikul amanah sebgai khalifah Allah dimuka bumi.. gunung ganang sangat takut, akhirnya manusia dengan begitu berani sanggup memikul amanah yang diberi. Allah telah memberikan amanah khalifah kepada langit, bumi, dan gunung, tetapi mereka tidak menerimanya, sedangkan manusia mau menerimanya (QS Al Ahzab ayat 72).

Lupa dengan janji memegang amanah, manusialah yang menjadi penyebab utama. Kemusnahan dan kesengsaraan didunia. Ketika makhluk lain sibuk mengingati Allah dengan berzikir dan memuji keagungan Tuhan, manusia sedang leka dengan keseronokkan hiburan duniawi.

Ketika ikan bertasbih, daun-daun berzikir dan sungai yang mengalir tidak berhenti memuji Ilahi, ramai manusia terlupa tugas utama mereka didunia ini..

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah swt telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Lalu siapakah kita berbanding kekasih Allah semua? Mereka dengan merendah diri mengakui kesilapan. Sedangkan kita ini, seringkali bersangka buruk sesama manusia, malah ada ketikanya kita sering menjatuhkan hukum yang kita sendiri tidak selayaknya menyebut itu dan ini kerana kita sendiri harus sedar dosa dan pahala kita jalan seiring. Malah mungkin saja dosa kita melebihi dari orang yang kita benci..

Aduh malunya aku sebagai manusia berbanding seokor semut...


Bismillahirrahmannirrahim

21: Kalau sekiranya Kami (Allah) menurunkan al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya khusyuk (tunduk), terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami (Allah) buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

22. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Sadaqallahul’azim

Mari.. mari kita betulkan yang biasa… dan BIASAKAN YANG BETUL

No comments:

Post a Comment